This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 25 October 2012

KESAH TUKANG GUNTING RAMBUT

ALLAH TAK WUJUD???


                                                             Gambar hiasan

Seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya seperti biasa. Beliau mengadakan perbualan yang baik dengan tukang gunting rambut yang melayannya. Mereka berbincang tentang banyak perkara dan pelbagai subjek.

Tiba-tiba, perbualan mereka menyentuh subjek ALLAH. Si tukang gunting rambut berkata:

"Dengar sini, saya tidak percaya bahawa ALLAH wujud seperti yang kamu katakan."

"Kenapa anda katakan begitu?" tanya si pelanggan.

"Mudah sahaja, kamu hanya perlu keluar di jalanan untuk menyedari bahawa ALLAH tidak wujud.

Oh, beritahu saya, seandainya ALLAH wujud, akankah ada begitu banyak orang sakit? Akankah terdapat anak-anak yang terabai? Jika ALLAH wujud, tidak akan ada kesengsaraan atau kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan ALLAH yang membenarkan semua perkara sebegini."

Pelanggan tersebut berhenti seketika untuk berfikir tetapi dia tidak mahu memberi jawapan demi mengelakkan perbalahan.

Setelah tukang gunting rambut menyelesaikan tugasnya, si pelanggan pun keluar dari kedai tersebut. Sebaik sahaja meninggalkan kedai gunting itu, dia terlihat seorang lelaki di jalanan yang berambut dan berjanggut panjang (seolah-olah sudah lama sejak dia bergunting dan kelihatan amat kotor).

Kemudian pelanggan tadi masuk semula ke dalam kedai gunting dan memberitahu tukang gunting rambut:
"Tahu tak, tukang gunting rambut tidak wujud."

"Bagaimana mungkin mereka tidak wujud?" tanya si tukang gunting. "Sekarang saya di sini dan saya seorang tukang gunting rambut."

"Tidak!" bentak si pelangan.

"Mereka tidak wujud kerana jika mereka memang benar-benar ada maka tidak akan ada orang dengan rambut panjang dan janggut seperti lelaki yang berjalan di jalan itu."

"Ah, tukang gunting memang wujud, apa yang berlaku adalah mereka tidak datang kepada saya."

"Tepat sekali!" ujar si pelanggan.

"Itulah persoalannya.

ALLAH sememangnya wujud, tapi apa yang berlaku adalah orang tidak pergi kepada-Nya dan tidak mencari-Nya, itulah sebabnya mengapa ada begitu banyak kesakitan dan penderitaan di dunia."

Wednesday 24 October 2012

KETINGGIAN NABI ADAM A.S




Umat zaman dahulu iaitu pada zaman nabi-nabi, sejauh mana ketinggian mereka? mungkin jauh bezanya ketinggian mereka kalau nak dibandingkan dengan umat manusia sekarang yang mejoriti ketinggian bawah daripada 2 meter.

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi kita iaitu Nabi Adam a.s adalah 60 hasta, dimana 1 hasta bersamaan dengan 45.72cm. Jadi tinggi Nabi Adam dianggarkan setinggi kira-kira 27.432 meter. Hampir mencecah 30 meter. Wallahualam.

Idea menjahit baju Nabi Adam a.s tercetus daripada seorang pemuda Saudi Arabia, Bin Hamdan. Menurut Bin Hamdan, dia mendapat idea setelah membaca biografi Nabi Adam a.s. Baju Nabi Adam a.s iaitu setinggi 29 meter hanyalah replika yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi.

Baju ini direka adalah semata-mata untuk melihat setinggi manakah Nabi Adam a.s. Tempoh menjahi baju tersebut memakan masa 18 hari dan mempunyai ketinggi 29 meter dan lebar 9 meter.





P/s : Gambar-gambar di atas adalah gambaran saiz Nabi Adam A.S, baju itu hanyalah replika semata-mata untuk menentukan saiznya. Besar kan umat zaman dulu? wallahualam.

MANUSIA SETINGGI 80 KAKI DI TEMUI




Sumber : gempakzsiot.com

BAHAYA MAKAN HATI AYAM..???



Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana  didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:
     * Antibiotik tylosin
     * Penisilin
     * Oxytetracycline
     * Kanamycin.


Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik
Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat.

Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser.Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.


Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Kilang ayam di Kayu Ara Damansara

Tuesday 23 October 2012

KHASIAT DAN KELEBIHAN DAGING KAMBING




Khasiat dan kelebihan daging kambing

Para saintis (barat) yahudi menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.


Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.


Pengurai Kolestrol Tepu 

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).

Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger.



Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti 

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.

Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan 

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.


Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.

Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.


Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati , Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal  serta hormon pembiakkan ovari dan testis.

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.



Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.

Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor

Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga.

Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat.

Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai.

Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu.

Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Karektor Kambing

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;

1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan.

Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.


Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Kambing panjat pokok di Maroko



Thursday 18 October 2012

IKAN TERBANG

Salah satu ikan yang paling menakjubkan




Dari nama ikan ini ia sangat mudah untuk diperhatikan ciri utama yang menjadikan ia benar-benar unik. Ikan ini mampu untuk terbang keluar dari air dan pergi ke tempat lain. Ini adalah mekanisme yang digunakan dalam usaha untuk melarikan diri dari pemangsa ganas.

Bagaimana mereka terbang

Dalam usaha untuk mencapai ini, ikan ini mempunyai sirip yang berbentuk seperti sayap burung. Pada awal penerbangan, ikan ini akan melibas ekornya sehingga kepada tujuh puluh kali sesaat untuk membantu ia keluar dari air. 

Kemudian ia juga mengangkat sayapnya ke atas dalam kesediaan untuk penerbangan. Apabila ia keluar dari air kepak sayapnya akan dikembangkan dan bersedia untuk terbang. 

Apabila ia sudah bersedia untuk menyelam kembali ke dalam air, ia hanya melipat sayapnya dan misi tercapai. 

Di mana mereka menjumpai

Ikan terbang tidak ditemui dalam mana-mana sungai-sungai di seluruh dunia. Sebenarnya ia dijumpai di lautan. 

Tetapi ia biasanya lebih suka kawasan yang mempunyai perairan yang lebih panas di sekitar lautan. Telah menjadi sejarah di Barbado  disebut sebagai tanah ikan terbang. 

Walaupun hari ini, ikan ini masih boleh ditemui di sekitar sana. Tetapi kemudian, ikan ini berhijrah untuk sebab-sebab tertentu. 

Pada masa ini, ia ditemui di perairan sekitar Venezuela dan lain-lain kawasan sekitarnya. Menariknya, Barbados telah mengambil kesempatan daripada kehadiran ikan ini di perairan dengan membuat penggunaan menyeluruh. 

Oleh itu telah secara semulajadi telah digambarkan sebagai simbol kebanggaan nasional. 

Pada sesetengah syiling ukiran lukisan dan negara lain, ikan ini telah dilukis dengan sayapnya. Ikan ini telah digunakan dengan teliti dalam industri pelancongan.




Friday 12 October 2012

MAKNA NOMBOR PADA TAYAR KENDERAAN


165/65R14 79T

  Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran.

Sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka.
cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih
satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut:





    165/65R14 79T

Nombor 165 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi, biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 65 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 65% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "T" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.
Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 14 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.
Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 79 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "79" ini perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa.

Sebagai contoh, nombor 79 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram.

Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar.

(contoh: 475 x 4 = 1900 kg)
Huruf "T" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan T dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 190 km/j.

Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad :

    S-180 km/j
    T-190 km/j
    U- 200 km/j
    H-210 km/j
    V-240 km/j
    Z-melebihi hadlaju 240 km/j
    W-270 km/j
    Y-300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


Sumber: pjo putrajaya online.com

BOTAK DI USIA MUDA PETANDA AWAL RISIKO KANSER



MASALAH rambut gugur sememangnya merunsingkan. Lebih mencemaskan lagi apabila masalah yang dianggap alah bisa tegal biasa dalam kalangan lelaki ini sebaliknya turut dikaitkan dengan penyakit lebih serius iaitu kanser prostat.

Inilah hasil kajian terbaru sekumpulan penyelidik Perancis diketuai Dr Philippe Giraud, penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris. Kajian sejak 2004 dengan proses analisisnya memakan masa dua tahun, mendakwa lelaki yang mengidap kanser prostat, adalah dua kali ganda berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda keguguran rambut atau botak seawal usia 20-an berbanding mereka yang tidak mengidap masalah itu.

“Kajian mendapati, lelaki yang mula gugur rambutnya pada usia 30-an atau 40-an, tidak berdepan risiko kanser prostat sebaliknya mereka yang mula keguguran rambut pada usia 20-an mengalami risiko lebih tinggi mengidap kanser pada awal usia atau mengalami tumor yang lebih agresif.

“Rambut gugur yang dikaitkan dengan masalah androgen juga ada kena mengena dengan kanser prostat,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Persatuan Perubatan Onkologi Eropah, baru-baru ini.

Dr Giraud berkata, biarpun sehingga kini tiada bukti kukuh menunjukkan manfaat proses saringan terhadap orang awam bagi mengesan kanser prostat, penyelidik perlukan cara berkesan bagi mengenal pasti lelaki yang berisiko tinggi menghidap penyakit barah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dan rakan penyelidik akan membuat lebih banyak kajian lanjut bagi melihat sama ada campur tangan kaedah rawatan mungkin bersesuaian bagi lelaki yang mengalami botak pada usia muda.
“Pakar perubatan perlu tahu siapa sasaran saringan dan dipertimbangkan untuk pencegahan kemoterapi.

“Botak pada usia 20-an mungkin boleh jadi faktor risiko paling mudah untuk mengesan masalah ini, begitupun banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini,” katanya yang juga Profesor bidang radiasi onkologi Universiti Descartes Paris.

Menerusi kajian itu, kumpulan penyelidik itu menyedari corak botak lelaki (androgenic alopecia) sangat biasa berlaku dan dialami separuh dari keseluruhan lelaki pada satu peringkat dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, pencetus penyakit ini dikaitkan dengan perubahan testosterone kepada hormon androgenic.

Bagi memeriksa dengan teliti kemungkinan hubungan antara corak rambut botak dengan kanser prostat, pasukan penyelidik Perancis mengambil masa dua tahun menganalisa perkembangan penyakit dan corak keguguran rambut terhadap 388 lelaki yang mengalami kanser prostat berusia antara 46 hingga 84 tahun.

Bermula pada 2004, penyelidik meminta mereka menunjukkan sama ada pernah mengalami masalah botak sebelum ini, bila masalah rambut gugur bermula dan secara khusus jenis rambut gugur yang berlaku ketika berusia 20, 30 dan 40 tahun.

Kajian mendapati 37 pesakit kanser prostat (dan 14 lelaki sihat) mengalami beberapa bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun, seperti penyusutan rambut di dahi kepada botak bertompok di atas kepala atau kombinasi kedua-duanya. Dalam kajian itu sebarang bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun dikaitkan dengan bergandanya risiko kanser prostat, yang mana tanpa corak khusus keguguran rambut menjadikannya risiko yang lebih mudah dijangka berbanding risiko lain.

Biarpun pasukan penyelidik enggan membuat kesimpulan bahawa masalah botak dan kanser prostat saling berkaitan, seorang lagi pakar Amerika Syarikat iaitu Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City bersetuju bahawa hasil kajian berkenaan boleh dipertimbangkan.

“Kita juga sedar wujudnya faktor genetik yang menjadikan kanser prostat lebih tersebar luas. Sebagai contoh, lelaki yang ada kaitan persaudaraan seperti bapa saudara, bapa atau abang yang disahkan kanser prostat adalah 2.5 hingga tiga kali lebih berisiko alami barah prostat berbanding lelaki tanpa sejarah keturunan. Genetik juga memainkan peranan kepada lelaki yang mengalami rambut gugur pada usia muda,” katanya.

Sumber: pjo putrajaya.com

PENDERITAAN ISLAM ROHINGYA

KITA HANYA MAMPU BERDOA


Ketika umat Islam di Malaysia ghairah dilanda demam EURO2012 bulan lalu, umat Islam Rohingya di Myanmar terus menderita tanpa pembelaan sewajarnya dari dunia.

Penderitaan umat Islam Rohingya yang disembelih dan dibunuh sejak Jun yang lalu sebenarnya bukan perkara baru yang dialami oleh kaum minoriti di Myanmar itu. Malah ianya telah dilakukan sejak tahun 1942 oleh kerajaan junta Myanmar dan membunuh lebih 100,000 nyawa.


Mayat-mayat Islam Rohingya yang dibunuh kejam oleh etnik Rakhine

Ketika ini media antarabangsa tidak telus dalam melaporkan insiden rusuhan etnik yang tercetus di Myanmar di antara kaum Rakhine dan muslim Rohingya.

Kerajaan Myanmar pula terlibat dalam menyembunyikan kejadian sebenar yang menimpa nasib umat Islam Rohingya di sana sejak tercetusnya rusuhan sekitar bulan Jun yang lalu.

Akibatnya sehingga kini puak etnik Rakhine dilaporkan terus bermaharajalela dengan menjadikan Islam Rohingya sebagai sasaran termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan. Setakat ini dipercayai beribu jumlah umat Islam Rohingya telah disembelih dan dibunuh kejam oleh etnik Rakhine dengan bantuan polis dan tentera Myanmar.

Sehingga semalam angka korban akibat keganasan puak pelampau Buddha Rakhine ini telah mengorbankan lebih 2000 nyawa umat Islam Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita.


Mayat kanak-kanak Islam Rohingya diikat dan dibiarkan lemas.

Puak pelampau Rakhine bertindak berani dan bermaharajalela apabila mendapat bantuan dari kerajaan melalui polis dan tentera mereka.

Pihak tentera dilaporkan turut terlibat dalam menembak mati Islam Rohingya. Malah mayat Islam Rohingya yang dibawa oleh polis juga tidak diserah kepada keluarga mangsa sehingga angka korban sebenar tidak diketahui.

Sejak tercetusnya penghapusan etnik ini, dilaporkan rakyat Islam Rohingya yang masih tinggal di Arakan berada dalam keadaan sengsara apabila rumah dibakar, ternakan, dan tanah pula dirampas.

Masjid dimusnahkan dan digantikan dengan rumah Buddha, umat Islam Rohingya turut dipaksa memeluk agama Buddha, manakala wanita-wanita Islam Rohingya diperkosa dan diseksa oleh etnik Rakhine.

Walaupun pihak kerajaan Myanmar mengenakan perintah berkurung, namun puak etnik Rakhine dibiarkan berkeliaran mencari saki-baki umat Islam Rohingya di sekitar Arakan.


Setiap rumah milik Islam Rohingya dibakar.

Di Malaysia status pelarian perang hanya dipegang oleh dua etnik tumpangan iaitu dari Aceh dan Rohingya. Pelarian Aceh mendakwa mereka ditindas pemerintahan Jawa yang menguasai Indonesia, manakala Rohingya mendakwa mereka dituduh sebagai pelarian dari Bangladesh yang memasuki tanah orang-orang Buddha di Burma.

Sehingga ke hari ini saudara seagama kita masih tidak dibela sewajarnya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih berdiam diri. Dilaporkan 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan dan 40,000 di Malaysia.

Puluhan pelarian di kem pelarian Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh pula berada dalam keadaan sangat daif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan. Malah kem ini juga dirahsiakan dari pengetahuan dan seolah-olah tidak wujud.


Pasangan suami isteri dibunuh kejam

Kerajaan kita hanya mampu memberikan perlindungan sementara kepada pelarian umat Islam Rohingya, kita hanya terdaya menyerahkan memorandum serta mengutuk keras perbuatan zalim kerajaan Myanmar ke atas umat Islam Rohingya.

Selain dari memberikan perlindungan dan menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan Myanmar kepada umat Islam Rohingya, tiada apa yang kita mampu lakukan selain menadah kedua-dua belah tangan dan berdoa agar umat Islam di sana terus dilindungi oleh Allah S.W.T.

Kita hanya mampu berdoa kerana doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah S.W.T, kerana tiga golongan yang doa mereka diterima Allah S.W.T melalui sabda Rasulullah SAW :
“Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang berpuasa; kedua, doa pemerintah adil; dan ketiga, doa orang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pertolongan Allah datang membantu. Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi saudara kita di sana.

Amin...

Sumber: pjo.com

Thursday 11 October 2012

FAKTA SUPERMAN YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI !!!






Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster. Siegel dilahirkan diCleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada padatahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS).Di sanalah mereka mula menghasilkan

karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis. Pada tahun 1934, Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yangdihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia.Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.

Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurutbuku Jews and American Comics: An illustrated History of an AmericanArt Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi diAS. 

Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.

Anehnya cadangan komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar $130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti. Apabila kali pertama muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular.Penerbitnya membuat keuntungan berjuta-juta dolar. 

Kedua-dua pelukis itu menyaman syarikat itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit. Pada tahun 1978 syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama Superman. Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta.Hari ini berbilion ringgit telah dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Siegel dan Shuster mati papa kedana.

Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu. 

Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan “perilaku” Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyakpersatuan, kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. 

Sentimen yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman.Adolph Hilter baru sahaja berkuasa. Hitler sedang melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang – khususnya ekonomi di Eropah. 

Pelaksanaan”penyelesaian terakhir” Hitler ialah dengan membunuh lebih enam jutaYahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust.

Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Siegeldan Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahanpeluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia dimayapada. 

Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.

Watak Superman yang diilhamkan oleh Siegel ini mengambil semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi menyelamatkan Baginda dari Firaun. Dalam komik asalnya bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misitertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di ASdan diberikan nama Clark. Perkataan “El” dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan kaum Yahudi.

Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep “Superman” (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844- 1900). 

Beliaulah yang memperkenalkan “Supermensch” dalam bahasaJerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.

Apakah Superman seorang Yahudi? 

Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi,Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi,mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi. 

Beliau menyedari pengaruhkomik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah “alterego” Yahudi yang berbahaya.

Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidaklagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamatmanusia kerdil dan tertindas. 

Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga. Tidak ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular.Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti FaizalTahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.

Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja.Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaummereka di Jerman mengajar mereka makna survival.  mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia padamereka. 

Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public AffairsCommittee (AIPAC).

Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS,menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel’s Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahlipolitik AS dengan lobi Yahudi. Malah bukan rahsia lagi, sesiapa pun yang ingin menjadi Presiden AS – termasuk Barack Obama – harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.

Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh.Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.

Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi.Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis ‘Superman’ wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.

faktanya….

Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.

Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.

Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu.Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130((RM455 sekarang) sebagai royalti.
Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.

Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-Elmenghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.
Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.




Wednesday 10 October 2012

KISAH TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR!!!

Kisah Tali Gantung Dan Banduan Terakhir Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya.

Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut,pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.


Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel merekadan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya.Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Video dibawah ini, hukuman gantung yang telah dilakukan keatas Saddam Hussein:








Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More