KITA HANYA MAMPU BERDOA
Penderitaan umat Islam Rohingya yang disembelih dan dibunuh sejak Jun yang lalu sebenarnya bukan perkara baru yang dialami oleh kaum minoriti di Myanmar itu. Malah ianya telah dilakukan sejak tahun 1942 oleh kerajaan junta Myanmar dan membunuh lebih 100,000 nyawa.
Mayat-mayat Islam Rohingya yang dibunuh kejam oleh etnik Rakhine
Ketika ini media antarabangsa tidak telus dalam melaporkan insiden rusuhan etnik yang tercetus di Myanmar di antara kaum Rakhine dan muslim Rohingya.
Kerajaan Myanmar pula terlibat dalam menyembunyikan kejadian sebenar yang menimpa nasib umat Islam Rohingya di sana sejak tercetusnya rusuhan sekitar bulan Jun yang lalu.
Akibatnya sehingga kini puak etnik Rakhine dilaporkan terus bermaharajalela dengan menjadikan Islam Rohingya sebagai sasaran termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan. Setakat ini dipercayai beribu jumlah umat Islam Rohingya telah disembelih dan dibunuh kejam oleh etnik Rakhine dengan bantuan polis dan tentera Myanmar.
Sehingga semalam angka korban akibat keganasan puak pelampau Buddha Rakhine ini telah mengorbankan lebih 2000 nyawa umat Islam Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita.
Mayat kanak-kanak Islam Rohingya diikat dan dibiarkan lemas.
Puak pelampau Rakhine bertindak berani dan bermaharajalela apabila mendapat bantuan dari kerajaan melalui polis dan tentera mereka.
Pihak tentera dilaporkan turut terlibat dalam menembak mati Islam Rohingya. Malah mayat Islam Rohingya yang dibawa oleh polis juga tidak diserah kepada keluarga mangsa sehingga angka korban sebenar tidak diketahui.
Sejak tercetusnya penghapusan etnik ini, dilaporkan rakyat Islam Rohingya yang masih tinggal di Arakan berada dalam keadaan sengsara apabila rumah dibakar, ternakan, dan tanah pula dirampas.
Masjid dimusnahkan dan digantikan dengan rumah Buddha, umat Islam Rohingya turut dipaksa memeluk agama Buddha, manakala wanita-wanita Islam Rohingya diperkosa dan diseksa oleh etnik Rakhine.
Walaupun pihak kerajaan Myanmar mengenakan perintah berkurung, namun puak etnik Rakhine dibiarkan berkeliaran mencari saki-baki umat Islam Rohingya di sekitar Arakan.
Setiap rumah milik Islam Rohingya dibakar.
Di Malaysia status pelarian perang hanya dipegang oleh dua etnik tumpangan iaitu dari Aceh dan Rohingya. Pelarian Aceh mendakwa mereka ditindas pemerintahan Jawa yang menguasai Indonesia, manakala Rohingya mendakwa mereka dituduh sebagai pelarian dari Bangladesh yang memasuki tanah orang-orang Buddha di Burma.
Sehingga ke hari ini saudara seagama kita masih tidak dibela sewajarnya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih berdiam diri. Dilaporkan 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan dan 40,000 di Malaysia.
Puluhan pelarian di kem pelarian Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh pula berada dalam keadaan sangat daif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan. Malah kem ini juga dirahsiakan dari pengetahuan dan seolah-olah tidak wujud.
Pasangan suami isteri dibunuh kejam
Kerajaan kita hanya mampu memberikan perlindungan sementara kepada pelarian umat Islam Rohingya, kita hanya terdaya menyerahkan memorandum serta mengutuk keras perbuatan zalim kerajaan Myanmar ke atas umat Islam Rohingya.
Selain dari memberikan perlindungan dan menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan Myanmar kepada umat Islam Rohingya, tiada apa yang kita mampu lakukan selain menadah kedua-dua belah tangan dan berdoa agar umat Islam di sana terus dilindungi oleh Allah S.W.T.
Kita hanya mampu berdoa kerana doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah S.W.T, kerana tiga golongan yang doa mereka diterima Allah S.W.T melalui sabda Rasulullah SAW :
“Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang berpuasa; kedua, doa pemerintah adil; dan ketiga, doa orang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi.”
(Hadis riwayat Tirmizi)
Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pertolongan Allah datang membantu. Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi saudara kita di sana.
Amin...
Sumber: pjo.com
0 comments:
Post a Comment