This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday 15 August 2014

Jalan Pink khas untuk wanita hanya diLondon

Kalau pakir khusus untuk wanita telah biasa kita lihat bertujuan untuk memberi keselesaan pada kaum wanita.Namun bagaimana jika ada jalanraya warna pink diperuntukan khusus pada kaum wanita untuk keselesaan dan keselamatan.


Dengan latarbelakang itulah sebuah syarikat Insuran diLondon telah memberi idea yang unik dengan mewarnakan jalanraya bewarna pink terang.

Dengan "Jalur Pink" terang kaum wanita lebih selesa dan bebas dijalanraya yang selalunya sebok. Selain itu Jalur Pink juga menjadi penanda bagi kaum lelaki bahawa yang memandu itu adalah wanita.





Syarikat Insuran telah mengklaim dengan adanya jalur pink pehak wanita akan terhindar dari keadaan yang mengancam keselamatan kaum wanita. Kaum wanita dapat memandu dengan selamat tampa rasa curiga. Jalur Pink ini sebagai "Konsep masa depan yang Futuristik".



Syarikat Insuran itu ternyata serius mengajukan konsep ini untuk diaplikasikan diInggris. Jika benar terwujud maka anggaran kos yang diperlukan untuk direalisasikan mencapai 880 juta Poundsterling.

Sumber: http://lifestyle.liputan6.com

Thursday 14 August 2014

Kenali 7 Ciri Isteri Yang Sering Di Ceraikan Suami

Kenali 7 Ciri Isteri Yang Sering Di Ceraikan Suami



Time bujang, time anak dara. Ko gatal nak kawin. Mak bapak larang ko buat tak reti. Dah ibarat dalam dunia ni kekasih hati ko jelah yang duk tatang minyak sejak kluar dari perut ibu. Tup tap bila kawin.. Baru ko tahu langit ni tinggi ke rendah, hutang belantara celah ketiak bini or suami ko tu lebat ke tidak. Tidur ko boleh lena or ada musik gazal untuk rabiah seumur hidup.

Tapi tulah onak duri rumahtangga. Time kapel lain, time mula2 kenal lain. Bila dah kawin lain. Dapat anak jadi lain. Bila tua kerepot pun lain. Apa yang penting, toleransi antara pasangan tu paling penting. Orang cakap, tak cantik tak pe. Asal baik hati. Tapi bila kawin ko nak yang cantik pulak. Yang seksi pulak. Ape cerr derr..

Ni baru 7 tujuk ciri. Ciri suami pun ada. Aku tunjuk yang bini je lah dulu. Nanti jumpa artikel yang pasal suami yang simple ringkas n korang mudah faham. Nanti aku post kan.


Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .


Sumber: http://www.baca-blogspot.blogspot.com

Awas! Bahaya Minuman 3 Dalam 1 Yang Tidak Diketahui Umum

Awas! Bahaya Minuman 3 Dalam 1 Yang Tidak Diketahui Umum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.






Info Kandungan minuman 3-in-1:
- Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan   kesihatan
- Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
- Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
- Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
- Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Sumber:


- http://www.nizarazu.com
- Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
- Akhbar kosmo!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More